Monday, May 11, 2009

Rempit vs Impak Maksima @ TV3 Malaysia - Slot Aksi

Rempit vs Impak Maksima aired in TV3 Malaysia is now reaching is last episode today. For people that do not remember what is the beginning of this Rempit vs Impak Maksima drama series, you can watch this first episode here.

Rempit vs Impak Maksima , Episode 1, part 1/2





Rempit vs Impak Maksima , Episode 1, part 2/2




Sinopsis Rempit VS Impak Maksima
Kisah bermula apabila Farhana yang menjadi anak tunggul kepada Datuk Razali dan Datin Aziah, ahli korporat yang mengendalikan bisnes kejuruteraan permotoran. Secara tak langsung, Farhana sendiri dekat dengan dunia permotoran dan sukan drift. Datuk Razali mendidik Farhana dan memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menerajui syarikat itu dan membawa bisnes itu ke tahap yang lebih tinggi.

Farhana seorang yang optimistik dan berfikiran positif. Farhan sering menganjurkan macam-macam acara yang berkaitan dengan dunia sukan drift dan berupaya menjadikan motosikal sebagai sukan extreme dan elit. Dalam masa yang sama, Farhana janji akan berkahwin dengan seorang jejaka pilihan familinya tetapi dengan syarat misinya berjaya.

Farhana bertemu dengan Ijai, seorang mekanik motosikal dan melihat Ijai boleh memberikan Farhana harapan dalam mencapai misinya.Farhana mencadangkan agar Ijai menjadi seorang ikon jaguh motosikal yang disegani. Farhana tidak menaruh harapan sebab menganggap Ijai seorang lelaki yang dingin.

Keyakinan Farhana dalam misinya pudar apabila dia terus mengenali Ijao dan bergelumang dengan kawan-kawannya yang liar. Farhana semakin buntu apabila cabaran perniagaan semakin menyimpang tetapi percaturan perasaan mula mendominasikan fikiran. Tarikh Farhana kahwin semakin dekat dan pada masa yang sama Farhana terjerat dengan cinta Ijai. Adakah Farhana berjaya mencapai matlamatnya? Adakah Farhana akan menjadi isteri kepada lelaki pilihan ibunya?

No comments: